Dari dulu hingga masa hadapan, bidang kejuruteraan merupakan suatu bidang yang sangat mencabar. Mereka yang hendak masuk bidang ini perlukan memiliki pemikiran yang kehadapan. Kalau orang melayu cakap, berfikir diluar kotak. Mereka perlu bina sesuatu yang baru dengan cara yang tersendiri.
Kalau di Malaysia, apa yang boleh dibanggakan baru-baru ini adalah jambatan Pulau Pinang 2 yang diberi nama Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Yang lain-lain tu adalah seperti pembinaan KLCC, KL Tower dan juga Cable Car di Langkawi.
Hari ini, kami kongsikan 5 pencapaian terbesar dalam bidang kejuruteraan setakat ini. Kami tidak masukkan Kingdom Tower dalam senarai ini disebabkan Kingdom tower masih dalam pembinaan dan belum siap 50%.
5. Kansai Airport, Osaka, Jepun
Lapangan terbang Kansai di Osaka, Jepun ini telah siap dibina pada tahun 1994 dengan menelan kos pembinaan sebanyak $20 bilion. Ianya merupakan lapangan terbang yang pertama dibina diatas sebuah pulau buatan manusia. Osaka merupakan salah satu bandar yang sangat padat penduduknya dan memerlukan sebuah lapangan terbang. Oleh yang demikian, para jurutera telah jumpa penyelesaianya dengan membina pulau yang sebesar 4km panjang dan 2.5 lebar. Ianya mengambil masa selama 3 tahun dengan penglibatan 10,000 orang pekerja dan 80 buah kapal.
4. Millau Viaduct, France.
Millau Viaduct telah siap dibina pada 16 Disember 2004 dan menjadi jalan tertinggi dia eropah. Jejambat atau viaduct ini terletak kira-kira 270meter dari sungai Tarn yang terletak dibawahnya. Bukan itu sahaja, ianya menjadi jambatan paling tinggi didunia. Viaduct ini menghubungkan Sepanyol dan Perancis disamping dapat mengurangkan kesesakkan. Jangka hayat Viaduct ini dianggarkan kira-kira 120 tahun dan telah menelan kos pembelanjaan sebanyak 320 juta Euro. Pembinaan ini telah menggunakan 100% pekerja dari Perancis sendiri.
3. Skywalk, Grand Canyon.
Skywalk ini adalah tempat pejalan kaki yang berbentuk ladam kuda. Siap dibina pada 28 march 2007 dan merupakan idea David Jin, sorang ahli perniagaan dari Las Vegasyang telah berbincang dengan suku Hualapai tentang pembinaan ini. Skywalk ini mampu menampung berat seberat 71 kapal terbang 747 yang penuh dengan muatanya. Ianya tergantung kira-kira 1,219m dari sungai Colorado yang terletak dibawahnya dan terkeluar 21m dari tebing. Projek ini mengambil masa setahun untuk membinanya.
2. Burj Khalifa, Dubai.
Burj Khalifa di Dubai ini telah siap dibina pada 4 Januari 2010. Bukan hanya mendapat gelaran tertinggi didunia dengan ketinggian 828m, ianya merupakan bangunan tertinggi yang berdiri tanpa sebarang sokongan. Terlalu banyak cabaran yang terpaksa dihadapi ketika proses reka bentuk dan pembinaan dilakukan. Salah satu cabaran yang terpaksa dihadapi adalah angin kencang.
1. Palm Islands, Dubai.
Palm Islands di Dubai ini telah siap dibina pada 24 September 2008. 210 juta meter padu batu kapur, batu dan pasir diperlukan untuk ditambak bagi membolehkan pulau-pulau ini dibina. Batuan yang digunakan untuk menghasilkan pulau-pulau ini telah dibawa dari kuari dari United Arab Emirates dengan jumlah 16 kuari keseluruhannya. Jika kesemua bahan yang digunakan ini dibuat tembok kecil, ianya mampu mengelilingi dunia sebanyak 3 kali.
tertarik dgn rekaan kansai airport.. mmg stylo dan yg pasti memerlukan kepakaran yg tinggi dalam proses nak bina.
Cabarang dalam kejuruteraan. Kepada mereka yang takut, elok ambil bidang lain. hehe