Gambar atau image sudah menjadi sebahagian daripada sebuah website/blog. Jarang sekali kita lihat website yang hanya tertumpu pada penulisan sahaja tanpa satu gambar pun. Selain berfungsi untuk membuatkan website kelihatan cantik, gambar juga berfungsi untuk menerangkan sesuatu seperti dalam web online store.
Cuba anda semua bayangkan bagaimana rasanya membeli di online store yang menjual produk tanpa sebarang gambar. Pasti anda terpaksa berfikir banyak kali untuk membeli barang di online store tersebut.
Namun, tahukah anda bahawa gambar juga mampu meningkatkan trafik ke website anda. Jika anda menggunakan Google ataupun Yahoo untuk mencari sesuatu maklumat di Internet, cuba gunakan perkhidmatan carian gambar dan bandingkan hasilnya dengan carian text.
Kaedah carian berasaskan gambar merupakan salah satu cara yang cukup banyak digunakan untuk mencari maklumat di Internet, terutamanya yang berkaitan dengna barang atau produk yang dijual secara online. Itulah sebabnya untuk anda melakukan optimasi terhadap gambar yang anda siarkan pada blog/website anda.
Cara paling mudah untuk melakukan optimasi pada gambar ialah dengan menambah keyword ataupun kata kunci bagi menerangkan gambar tersebut. Berikut adalah contoh untuk menambah keyword pada gambar.
File Name
Kebiasaanya gambar yang di ambil menggunakan kamera digital akan mempunyai nama seperti yang berikut ;
“IMG-20130111-02654.jpg“
Sebelum gambar tersebut diupload ke website/blog anda, nama gambar tersebut perlulah diubah sekali gus memberi keyword pada gambar tersebut agar mudah bagi search engine menjumpainya.
Sebagai contoh, jika gambar tersebut adalah gambar netbook ASUS EeePC 1015BX maka anda boleh ubah nama gambar tersebut menjadi “ASUS-EeePC-1015BX.jpg“.
Jangan!
Jangan sesekali meletakan space atau jarak bagi nama untuk gambar seperti “ASUS EeePC 1015BX.jpg“. Kenapa? space akan diconvert menjadi “%20” dan menyebabkan search engine sukar untuk mengenal pasti gambar tersebut. Baliknya gunakan simbol (-) untuk menggantikan jarak.
Title Tag Dan Alt Tag
Langkah seterusnya bagi menambah keyword pada gambar adalah menggunakan title dan alt text. Dua perkara ini berfungsi untuk menerangkan tentang apa yang terdapat di dalam gambar. Search engine tidak boleh membaca gambar. Meraka hanya mampu memahami gambar berdasarkan nama,title tag dan alt tag yang diberikan. Oleh itu, menjadi kepastian bagi anda untuk melakukan itu semua.
Untuk meletakan title tag dan alt tag secara manual dengan menggunakan HTML, anda boleh jadikan kod dibawah sebagai contoh.
<img src=”ASUS-EeePC-1015BX.jpg” alt=”ASUS EeePC 1015BX” title=”ASUS EeePC 1015BX” />
Jika anda seorang pengguna WordPress, anda boleh manfaatkan kemudahan yang telah diberikan ini. Gambar dibawah menerangkan segalanya.