Jangan Malas Daftar Website Anda Ke Search Engine

Sejak adanya blog, sering tertanya-tanya samada blog ini dapat dikesan oleh search engine ataupun tidak. Sebenarnya jika anda tidak daftarkan blog anda ke search engine, search engine masih mampu untuk mengesan blog anda. Ianya bergantung samada cepat ataupun lambat sahaja.

Perlu anda ketahui bahawa spider dari search engine itu bekerja secara automatik. Spider ini akan merayap bagi memenuhi permintaan pengguna mereka. Jika spider ini semua jumpa sesuatu dalam laman blog anda, mereka akan indeks apa yang mereka jumpa dalam search engine.

Diulangi, blog anda masih blog dikesan oleh search engine walaupun anda tidak mendaftarkan blog anda pada search engine cuma ianya memakan sedikit masa. Cukup sekadar untuk anda daftar pada search engine yang terkenal sahaja seperti Google dan Yahoo. Proses ini dikenali sebagai Search Engine Submission. Ketahui cara untuk mendaftarkan blog anda pada search engine seperti yang dinyatakan dibawah.

Google
1. Buka laman http://www.google.com/addurl/
2. Login guna ID anda. Jika belum daftar, sila daftar akaun Google anda terlebih dahulu.
3. Masukan URL blog anda seperti (www.sukacuka.com).
4. Klik butang Submit Request.

Bing
1. Buka laman http://www.bing.com/toolbox/submit-site-url
2. Masukan URL blog anda seperti (www.sukacuka.com).
3. Klik butang Submit.

Baidu
1. Buka laman http://zhanzhang.baidu.com/sitesubmit/index
2. Masukan URL blog anda seperti (www.sukacuka.com).
3. Klik butang Submit (dalam tulisan Cina).

Yahoo
Yahoo menggunakan search engine yang sama dengan Bing.

One thought on “Jangan Malas Daftar Website Anda Ke Search Engine

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *