Kepada mereka yang baru kenal dengan kamera DSLR, adakah anda pegang kamera anda dengan betul? Cara memegang kamera mempengaruhi gambar yang dihasilkan. Jika anda pegang dengan cara yang salah, gambar yang dirakam pasti blur dan tidak memuaskan.
Ada pelbagai sumber untuk mempelajari cara memegang kamera dengan betul antaranya video dari youtube. Cara paling malas dan itulah cara yang kami lakukan adalah dengan melihat cara mereka yang pro mengambil gambar. Lihat kedudukan badan mereka dan cara mereka pegang kamera.
Untuk ketahui lebih lanjut tentang cara memegang kamera dengan betul, anda boleh tonton video dibawah. Bagi kami apa yang disampaikan dalam video ini sudah jelas dan menyentuh point-point penting cara memegang kamera dengan betul.
LAGI : 25 Rahsia Mengambil Gambar Majlis Perkahwinan DIBONGKAR!!!
Sedikit rumusan yang boleh kami buat selepas menonton video tentang cara memegang kamera dengan betul diatas :
- Pegang menggunakan 2 tangan.
- Jika berdiri, jangan rapatkan kedua kaki. Buka sedikit kekuda agar anda dalam keadaan stabil.
- Jika meniarap, tampung kamera dengan siku kiri.
- Jika duduk, biar dalam keadaan bersila dan gunakan lutut sebagai penampung.
- Boleh juga guna pokok,dinding atau sesuatu yang pegun untuk menyandarkan badan anda.
- Jangan lupa ambil gambar awek comel.
bagus info ini buat newbie mcm saya. Terima kasih bro.