Lebih Sedekad Menara Eiffel

Lebih Sedekad Menara Eiffel

REUTERS

Menara Eiffel dalam bahasa Perancis disebut La Tour Eiffel ialah menara besi yang dibina di atas Champ de Mars bersebelahan Sungai Seine di Paris, Perancis.

Ia menjadi bangunan tertinggi dan paling menonjol di kota Paras dan terkenal diseluruh dunia sebagai antara ikon Perancis. Dinamakan sempena nama perancanganya, Gustave Eiffel, menara ini adalah monumen yang paling kerap dilawati di dunia.

Lebih Sedekad Menara Eiffel

Science & Society Picture Library/Getty Images

Sejak pembukaannya hingga tahun 2011, dilaporkan kira-kira tujuh juta melawat menara ini, menjadikan ia sebagai bangunan paling kerap dikunjungi manusia.

Menara ini memiliki ketinggian 300 meter dan di atasnya terdapat antena televisyen setinggi 24 meter.

Seramai 300 pekerja membina menara ini membabitkan 18,083 batang besi yang disambung antara satu sama lain dengan menggunakan hampir tiga juta skru. Pengurus projek menara ini, Maurice Koechelin memahami risiko kecelakaan semasa pembinaannya sangat besar kerana ketika itu tidak ada teknologi canggih atau belum pernah ada menara tinggi dibina. Eiffel sangat berhati-hati dengan keselamatan pekerjanya.

Lebih Sedekad Menara Eiffel

Bettmann/Corbis

Sepanjang tempoh pembinaan itu, hanya seorang saja yang terbunuh.


Fakta Menara Eiffel

  • Rancangan asal pembinaan menara ini bukan di Paris, tetapi di Barcelona, Sepanyol. Pihak Berkuasa Tempatan Bercelona menolak rancangan pembinaan menara itu kerana rekaannya pelik, kosnya pula mahal dan seni binanya pula tidak sesuai dengan identiti kota itu.
  • Apabila siap dan dibuka secara rasmi pada 31 Mac 1889, ia menjadi struktur paling tinggi di dunia. Rekod itu dipegang selama 40 tahun. Pada tahun 1930, satu lagi pencakar langit dibina iaitu bangunan Chrysler. Menara Chrysler hanya 18 meter lebih tinggi daripada Menara Eiffel. Bagaimanapun, Menara Eiffel boleh mengatasi ketinggian Chrysler sekiranya menambah ketinggian antenanya sehingga 24 meter. Hari ini, Menara Eiffel adalah bangunan kelima tertinggi di Perancis.
    Lebih Sedekad Menara Eiffel

    Imgur

  • Menggunakan 60 tan cat yang perlu diganti setiap tujuh tahun bagi melindungi daripada hakisan. Menara yang tinggi ini menggunakan tiga lapisan cat berbeza. Ton yang lebihgelap digunakan di bahagian bawah, manakala cat cerah pada bahagian atas. Sejak siap dibina hingga sekarang, menara ini sudah dicat sebanyak 18 kali.
  • Menyedari Paris akan jatuh di tangan Jerman ketika Perang Dunia Kedua, Perancis mensabotaj menara ini. Mereka merosakkan lif supaya pihak musuh tidak boleh menggunakannya sebagai tempat peninjau. Hitler pula seorang yang malas untuk naik ke menara ini menggunakan tangga. Beliau mengarahkan lif diperbaiki pada tahun 1944 dan akhirnya ramai tentera Jerman dapat menikmati pemandangan kota raya Paris dari puncak menara.
  • Ketika cuaca panas, haba daripada bahang matahari menyebabkan besi yang menjadi struktur utama menara ini mengembang sehingga enam inci.

Tarikh Menarik Menara Eiffel

  • Tahun 1887
    Lebih Sedekad Menara Eiffel

    documentingreality

    Menara ini direka oleh dua jurutera, Maurice Koechlin dan Emile Nougierand serta jurubina Stephen Sauvetre dan Gustave Eiffel. Eiffle juga adalah ketua di Compagnie des Etablissements Eiffel – syarikat yang membina menara ini. Apabila rekaan dan lokasinya dilulukan, kontrak ditandatangani pada Januari 1887 dan pembinaannya dimulakan beberapa minggu selepas itu.

  • Tahun 1888
    Lebih Sedekad Menara Eiffel

    documentingreality

    Pada peringkat awal menara ini tidak dipedulikan oleh penduduk Paris. Malahan ada petisyen daripada penduduk yang mendesak pembinaan menara itu dihentikan. Bagaimanapun, Eiffel tidak berganjak dengan desakan itu dan tetap meneruskan pembinaannya.

  • Tahun 1889
    Lebih Sedekad Menara Eiffel

    documentingreality

    Apabila menara ini siap, Eiffel mengetuai sekumpulan pegawai kerajaan dan wakil media membawa mereka meninjau hingga ke puncak menara pada 31 Mac 1889. Sebagai tanda perasmian Eiffel mengibarkan bendera Perancis di puncak menara dan diiringi dengan tembakan meriam 25 das tembakan.

  • Tahun 1925
    Lebih Sedekad Menara Eiffel

    afrah

    Syarikat pengeluar kereta, Citroen menggunakan empat penjuru menara ini untuk mengiklankan model terbaharu mereka. Ia menjadi ruang iklan paling panjang dunia.

  • Tahun 1926
    Lebih Sedekad Menara Eiffel

    Associated Newspapers/Rex Features

    Cubaan juruterbang Perancis, Leon Collet untuk terbang dibawah menara ini berakhir dengan tragedi apabila kapal terbang yang dipandunya terhempas dan beliau maut. Franz Reichelt dari Austria menjadi manusia pertama terbunuh selepas terjatuh dari aras pertama menara ini.

  • Tahun 1929
    Lebih Sedekad Menara Eiffel

    Gamma-Keystone via Getty Images

    Tiga penari kabaret terkenal dari Moulin Rouge bergambar di menara ini, setahun selepas gelaran bangunan tertinggi dunia dirampas oleh New York Chrysler Building.

  • Tahun 1937
    Lebih Sedekat Menara Eiffel

    Harwood/Keystone/Getty Images

    Nazi Jerman menduduki Paris antara tahun 1940-1944. Menara ditutup kepada orang awam dan dibuka semula pada tahun 1946.

  • Tahun 1937
    Lebih Sedekad Menara Eiffel

    Getty Images

    Dua pendawai elektrik memasang wayar lampu menara sempena Pameran Dunia dengan berlatar belakang Sungai Seine.

BH|RONA|Jun01|

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *