Sesetengah orang beranggapan bahawa untuk menghasilkan sesebuah logo adalah sesenang membuat pesanan air pepsi di mana-mana cawangan KFC. Sebenarnya untuk menghasilkan sesebuah logo, ianya penuh dengan cabaran yang terpaksa dilalui oleh setiap pereka.
Aaron Draplin, bekerjasama dengan Lynda.com telah menghasilkan sebuah video dengan durasi 15minit tentang proses penghasilan logo. Tonton video ini sehingga habis agar memberi anda sedikit sebanyak idea dan inspirasi untuk anda menghasilkan sebuah logo.