‘Video Drop Test’ Pertama Untuk iPhone 6

theultralinx.com

theultralinx.com

Bila sesuatu produk teknologi dikeluarkan, sudah pasti ramai ternanti-nanti video drop test yang akan dilakukan segelintir manusia. Niat mereka cuma satu iaitu ingin melihat kekuatan produk teknologi yang dihasilkan.

Di Australia, sempena jualan pertama iPhone 6 dan iPhone Plus yang mula diperkenalkan pada 9 September lalu, drop test telah dilakukan terhadap produk tersebut. Sebenarnya ia bukan disengajakan tetapi tidak sengaja. Mamat dari Perth ni berasa sungguh teruja hingga terlepas dari genggaman iPhone yang baru sahaja dibeli.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *