Semalam heboh dalam dunia teknologi apabila iPhone 6 Plus yang baru sahaja mula dijual minggu lalu, boleh dibengkokkan dengan menggunakan jari sahaja.
Sedia maklum bahawa iPhone 6 Plus didatangkan dengan hanya ketebalan 7.1mm sahaja. Namun dengan ketebalan itu, aspek kekuatan juga perlu dititik beratkan.
Youtuber UnboxTherapy telah memuat naik sebuah video yang menunjukan bagaimana iPhone 6 Plus dibengkokkan dengan jari seperti yang tertera dibawah.
Kepada mereka yang menggunkan produk baru Apple ini, diharapkan lebih berhati-hati. Jangan sampai menangis hati nanti.